Wednesday, January 19, 2011

~ GERMAN DAY ~

Pg td aku dgn bdk3 umah g la 'German Day' ni..
klau korang nak tau ape 'German Day' tu mai cek habaq na..

‘German Day’ akan diadakan selama sehari iaitu pada 19 Januari 2011 bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5 petang di Dewan Besar UTeM, kampus induk Durian Tunggal yang mana akan menghimpunkan sebilangan besar syarikat-syarikat gergasi Jerman yang beroperasi dalam negara kita seperti The Volkswagen Group, BMW, Infineon Technologies, Siemens, Q-Cells, KUKA Robotics, Muehhlbauer dan banyak lagi.

Antara agenda yang telah dirancang dan akan diadakan bersama antaranya ialah sesi taklimat dan pameran daripada syarikat-syarikat Jerman tersebut. Disamping itu bersempena dengan program German Day ini maka satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat Jerman yang sememangnya sudah dikenali umum akan diadakan iaitu syarikat Infineon Technologies.


Ok tu jek la kot secara ringkas..
kat sini aku letak skali gambaran situasi pg td..



Dewan Besar UTEM..





Keadaan dalam dewan... byk gak company yg trlibat wat pameran..





Ahaa... Kat tempat ni yg aku stuck lama.. Aku xnak berganjak selagi aku xdpt bola biru tu..
huhuhuhhu..... Finally..





Ok... Ni la kereta aku yg kena tarik sebab alasan yg x munasabah..
(Bkn sbb xmampu nak byr tau!!)
Ada ke diaorg kata terpaksa tarik sbb aku x byr PTPTN lg..
Ada ka patut na??




Gambar kenangan bersama mmber foreigner dr Nepal, Mr Kamal Nasso..
(Jgn marah ye mal..huhuhu!!)




Housemate lama & baru..
Paling besar, Bong (housemate lama)...
Paling kecik, Rizal (housemate skarang..bkn ariel peterporn tau!!)




Ni lagi sorang housemate aku (Mr F)...
Seboleh3 srh aku teka ape ada dlm beg dia tu??
Tu yg muka aku tgh blur pikir...!!




Ok masa untuk pulang... Posing gler mmber3 aku ni!!
Mr Malique & rizal...



Cewaahh.. Aku nak posing gak..
matching x warna kereta, baju & beg aku??huhuhu...
Xpe3.. Aku dah tau jawapan ape yg korang nak bg..




P/S: Sambil tgk pameran dapat makanan woiii...tu yg syiokk!! (roti ikan bilis & kacang merah)..
alaa.. Kira ok la tu!!




2 comments:

Unknown said...

x nmpk korg pun td..

budak kampong said...

~ Kau yg g xjak kitaorg..
aku nmpak jek bdk3 umah kau..
aha..mesti ada something wrong ni!!